Monday, April 5, 2010

sakit tanpa luka.


salam.heyyaa..bersua kembali di ruang maya ini.
skrg ni waktu terbaik utk memohon rezeki.moga aku dimurahkan rezeki oleh Allah.
:)

sekadar renungan bersama..peringatan yg lebih buat diriku ini..

apa yg ingin aku perkatakan di sini adalah mengenai sakit tanpa luka.ye.sakit tanpa luka.apa itu sakit tanpa luka.adakah perasaan cinta yg dikianati?adakah kondisi hati dimana terluka kerana seorang lelaki?oh TIDAK SAMA SEKALI!sakit ini tanpa luka.sekalipun tidak dihiris namun bisa dan dalamnya sakit itu lebih dari dihiris dgn pisau lipat yg selalu digunakan utk potong daun pandan halus halus tu.dapat gambarkan tak betapa sakitnya?dan itulah yg aku mula rasakan kini.

sakit utk melakukan perubahan.dimana cuba berusaha utk menjadi yg lebih baik di pandangan di mata Allah.bukan di mata masyarakat.persepsi mansia pd perkataan baik itu mudah saje.baik didefinisikan apabila seseorg itu bertudung,mengambil berat,tidak bersentuhan lelaki perempuan,tidak mengabaikan solat,bekerjaya dan sebagainya.namun di mata Allah baik itu jauh tersasar drpd apa yg masyarakat tafsirkan selama ini.baik di mata Allah apabila kita melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.kedengaran cukup mudah bukan?namun utk melaksanakannya sangat sangat memerlukan sifat sabar yg sangat tinggi.semakin kita cuba dekat kpdNya,semakin byk ujian yg Allah turunkan utk menguji sejauh mana kita cuba berubah mengikut kehendakNya.apakah ikhlas hati utk melaksanakan segala perintahNya???tepuk dada tanya iman..

ya tuhan..
aku perlukan kekuatan dariMu utk melalui ujian yg telah kau tetapkan utk aku sementelah perjalanan hidupku ini..aku mohon..

berikut ialah perenggan dlm novel versus yg cukup telus utk diselami:


"Bukan semua org bernasib baik mcm awak,mcm saya.." Minn berkata perlahan..
"Kenapa awak cakap mcm tu?" pelik Jasmin dgn ayat sahabatnya itu..
"Sebab..apabila fikir balik kan..berapa ramai orang..yg tiap tiap hari buat je solat tu,tapi tak bawa kesan tak bawa apa-apa makna pun kat dia orang". Minn memandang Jasmin. "Tak ke?"
"betul". Jasmin mengangguk setuju."Tapi tu la realiti.Tak semua orang ambil the effort pun untuk faham bacaan solat dengan baca tafsir Quran tu."
"Berapa ramai orang yang baca surah al=Insyirah dgn surah adh-Dhuha tu tapi tak pernah faham pun maksud surah tu.Tak pernah tau pun besarnya erti surah tu.Tak pernah tau pun yg sebenarnya surah tu boleh tolong kita." Minn menuturkan lagi..


termenung aku membaca bait bait ayat hlovate tersebut..
thanks Allah..
aku cuba u-turn.moga dipermudahkan.
saat saat ni,aku teringat kak yong.hurm,kak yong.thanks a lot!

for me,
jalan pelan-pelan k.istiqamah melakukannya.buat siket siket dulu takpe,asalkan berterusan.jgn hangat hangat tahi ayam.biasakan yg betul,betulkan yg biasa.insyaAllah yg baik beterusan.

yg sakit tanpa luka,
~cactucas~
tuesday,9 am

*siap siap nak gi last bawk keta~hopefully lancar je semua.

No comments:

Post a Comment