Tuesday, April 20, 2010

matrik ke diploma?



sementelah aku tak dpt mengejar cita cita aku kat upnm tu kan,maka aku sehari selepasnya aku ditawarkan ke kolej matrikulasi penang.kat seberang perai.namun sehingga kini aku masih tidak menjawab sama ada aku menerima atau tidak tawaran tersebut.aku sendiri berbelah bagi skrg ni.ramai yg menyokong aku ke matrik espc cikgu cikgu.tp ramai juga yg menyokong aku ke diploma.kata mereka lebih terjamin masuk u.aku sendiri pun kusut dan buntu.mana satu aku nak pilih ni.salah pilih kang wat naya je.

kenapa matrik?
kata mereka:
struggle setahun je.
cepat habis.dapat keje cepat.
sambung degree cepat.
semua yg berkaitan dgn cepat lah kan.


kenapa diploma?
kata mereka:
dah terjamin masuk u even study habis lambat.
6-7 tahun tu takdelah lama.
dapat grad dua kali.

wehhhh...pening lahhh.which one is better?memasing ada baik buruk nih..hurmm...masih dlm istikharah.kecenderungan mcm lebih ke matrik.tp takut la pulak kalau tak dpt tempat masuk u atau dpt masuk tp dia tukar course..ya Allah..

ada sesiapa nak bagi pandangan,pendapat dan cadangan?meh meh tolong saya yg mati kutu ni.dialu alu kan.huhu

kebuntuan,
~cactus~
wed,11 am

biarlahhh ku rela melepaskan..


heyya..
lama tak update.membawa hati yg lara japp.ngee~.biaselah tu.normal kan bg org org yg frust ni.tp skrg dah ok.aku lebih yakin dgn ketentuan ni.dan aku semakin boleh menerima takdir Allah.aku percaya pada qada' dan qadar Nya.aku tau Dia tau yg terbaik utk aku.

bohonglah kalau aku cakap aku tak frust.bohonglah kalau aku cakap aku tak sedih.bohonglah kalau aku cakap aku tak jeles.bohonglah kalau aku cakap aku tak kisah.dan bohonglah kalau aku cakap aku tak terkilan walau sekelumit cuma.BOHONGGGG!
mana ada org nak impian dia berkecai mcm tu aja.mana ada org nak cita cita dia tak kesampaian setakat tu je.MANA ADAAA!

tp wajib utk aku ingati,ini semua kerja Allah.aku tak boleh nak marah.aku tak boleh nak menghalang takdir Dia.siapa aku nak buat mcm tu?sbb tu aku sedar dan aku terima benda ni dgn redha seredha redha nya.aku percaya Allah.aku tau dia tak mengizinkan aku sbb Dia tau yg terbaik utk aku.aku dah cuba sehabisnya,Dia tak bagi.aku terima.

aku percaya di sebalik semua ni,Dia dah tentukan sesuatu yg terbaik utk aku.yg penting,USAHA SEHABISNYA and NEVER GIVE UPPPPP!!!and I WON'T!!!

i'm back!
^_^

masih bernyawa,
~cactucas~
wed,10 am

Tuesday, April 6, 2010

takde rezeki?


aku taktau nak ekspresikan perasaan aku skrg ni mcm mana.nak mengamuk ke.memekik ke.menjerit ke.meroyan ke.hantuk kepala kat dinding ke.nak jatuh tangga ke.guling guling atas paku ke.jiwa kacau betul lah skrg..kenapa aku rasa mcm ni?sbb aku KEMUNGKINAN besar tak dpt masuk UPNM tu..

kenapa?sbb BODY MASS INDEX aku lebih dr yg dorang nak..mcm mcm lah.mcm saje je dorg ni nak dajal aku.kenapa la tak tulis awal awal kat syarat kelayakan tu before ni pasal BMI nih..dah la lg 3 hari je nak gi kem terendak tu.sempat terus aku nak pecahkan lemak degil kat badan ni.klu dia bg tau seminggu awal takpe gak..ni 3 hari..harapan ar kan..kang pegi tak pasal pasal ari pertama da suro balik..buat perabeh duit je..

aku da la excited gila dpt panggilan ni.last last bmi lak slack.ishhhh...apahal rezeki asik lari je ni..dah la before ni pasal flat foot tu..dah dpt ni pulak pasl bmi lakk..apalah nasib badan..faham tak perasaan aku skrg?tp salah sendiri!

aizat ckp "dah takde rezeki,nak wat cane.."
yup..takde apa yg aku boleh lakukan..takde rezeki..


utk kau,
selamat berjuang kapten aizat!
semoga kau berjaya ke akhirnya..
tabik tuan!


*dah la..aku dah hilang semangat..
~cactucas~
tuesday,11.20 pm

Monday, April 5, 2010

sakit tanpa luka.


salam.heyyaa..bersua kembali di ruang maya ini.
skrg ni waktu terbaik utk memohon rezeki.moga aku dimurahkan rezeki oleh Allah.
:)

sekadar renungan bersama..peringatan yg lebih buat diriku ini..

apa yg ingin aku perkatakan di sini adalah mengenai sakit tanpa luka.ye.sakit tanpa luka.apa itu sakit tanpa luka.adakah perasaan cinta yg dikianati?adakah kondisi hati dimana terluka kerana seorang lelaki?oh TIDAK SAMA SEKALI!sakit ini tanpa luka.sekalipun tidak dihiris namun bisa dan dalamnya sakit itu lebih dari dihiris dgn pisau lipat yg selalu digunakan utk potong daun pandan halus halus tu.dapat gambarkan tak betapa sakitnya?dan itulah yg aku mula rasakan kini.

sakit utk melakukan perubahan.dimana cuba berusaha utk menjadi yg lebih baik di pandangan di mata Allah.bukan di mata masyarakat.persepsi mansia pd perkataan baik itu mudah saje.baik didefinisikan apabila seseorg itu bertudung,mengambil berat,tidak bersentuhan lelaki perempuan,tidak mengabaikan solat,bekerjaya dan sebagainya.namun di mata Allah baik itu jauh tersasar drpd apa yg masyarakat tafsirkan selama ini.baik di mata Allah apabila kita melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.kedengaran cukup mudah bukan?namun utk melaksanakannya sangat sangat memerlukan sifat sabar yg sangat tinggi.semakin kita cuba dekat kpdNya,semakin byk ujian yg Allah turunkan utk menguji sejauh mana kita cuba berubah mengikut kehendakNya.apakah ikhlas hati utk melaksanakan segala perintahNya???tepuk dada tanya iman..

ya tuhan..
aku perlukan kekuatan dariMu utk melalui ujian yg telah kau tetapkan utk aku sementelah perjalanan hidupku ini..aku mohon..

berikut ialah perenggan dlm novel versus yg cukup telus utk diselami:


"Bukan semua org bernasib baik mcm awak,mcm saya.." Minn berkata perlahan..
"Kenapa awak cakap mcm tu?" pelik Jasmin dgn ayat sahabatnya itu..
"Sebab..apabila fikir balik kan..berapa ramai orang..yg tiap tiap hari buat je solat tu,tapi tak bawa kesan tak bawa apa-apa makna pun kat dia orang". Minn memandang Jasmin. "Tak ke?"
"betul". Jasmin mengangguk setuju."Tapi tu la realiti.Tak semua orang ambil the effort pun untuk faham bacaan solat dengan baca tafsir Quran tu."
"Berapa ramai orang yang baca surah al=Insyirah dgn surah adh-Dhuha tu tapi tak pernah faham pun maksud surah tu.Tak pernah tau pun besarnya erti surah tu.Tak pernah tau pun yg sebenarnya surah tu boleh tolong kita." Minn menuturkan lagi..


termenung aku membaca bait bait ayat hlovate tersebut..
thanks Allah..
aku cuba u-turn.moga dipermudahkan.
saat saat ni,aku teringat kak yong.hurm,kak yong.thanks a lot!

for me,
jalan pelan-pelan k.istiqamah melakukannya.buat siket siket dulu takpe,asalkan berterusan.jgn hangat hangat tahi ayam.biasakan yg betul,betulkan yg biasa.insyaAllah yg baik beterusan.

yg sakit tanpa luka,
~cactucas~
tuesday,9 am

*siap siap nak gi last bawk keta~hopefully lancar je semua.

Sunday, April 4, 2010

pergilah duhai perasaan..


PERASAAN BANGANG dan BONGOK

tolonglah pergi..bukan masanya kau datang sekarang..aku taknak tergelincir dari landasan yg aku dah bina selama ni.cukuplah sekali tu aku tergelincir.aku tak larat lah nak main dgn perasaan yg palsu tu.ye aku akui adkalanya bila perasaan tu dtg aku tak mampu nak kawal dan hampir je menyambung dan memberi persetujuan kpd perasaan tu utk hadir.tp aku kena halang benda tu.cukuplah aku menyesal tak sudah dgn apa yg dah jd before ni..ya Allah..berdosanya aku mencintai manusia lebih dari aku mencintai kau sendiri yg lebih berhak..ampunkan aku ya Allah..

kalau lah aku boleh patah balik masa ni..aku takkan mengulangi kesilapan yg sama.cukup sekali.perasaan yg sangat menghancurkan.ya betul mmg sweet sgt.mmg bahagia sgt.mmg happy sgt.mmg gembira sgt lah kann.tp SAKITNYA lebih banyak berbanding BAHAGIA yg dtg sekejap tu.pergi jalanlah dengan kau perasaan bodoh.kau pun sama gak manusia.lupakan aku lah weii..aku taknak ingat kau.aku taknak ingat perasaan bangang tu dah!kau sakit aku buat mcm ni?eh aku lagi sakit lah wei..tolonglah..

sweet mmg ah en.tp sweet taik kucing.mula mula mmg ah suka.lelama?ada kau kesah perasaan aku?tau nak ikut telunjuk kau je.handsome muka kau nak wat cam tu.lelaki.mulut nak manis je semua.tu kalau aku kentut bau petai pun kata bau lovely lace.ahh..mulut cam baik je semua.kalau dah suka tu appreciate lah perasaan aku nih.ni tak.paksa itu lah ini lah.last last aku yg jd penipu.sedap je aku nak ikut apa kau cakap.besar ke mandat kau nak suro aku itu ini.aku pun lagi satu ngok boleh lak nak ikut ckp kau kan.nsb lah byk yg aku ngelat.kalau tak wat tambah dosa aku yg mmg da jd byk semenjak berperasaan bangang nih.ishhh...bongok!

mcm mana aku boleh terlepas dgn berperasaan bodoh ni.tp nak wat cane.semua dah berlalu.bukan boleh u-turn balik pun kan.jadikan pengajaran lah.biar padan muka aku.buat sedar diri siket.gelabah sgt.budak kecik pun nak.ehh banganggggg betul lahh..tp bukan salah kau jugak lah kan..aku yg start dulu.gatal sgt nak bersweet muweet nih.WALAUPON...kannn..hisshh..seriousla mimpi ngeri aku la before ni.termasuk lah yg sorg tu.nak aku jd future kau eh..berkilat muka kau nak request mcm tu.

takpelah ada jodoh ada lah kan.kalau dah tertulis jodoh aku ni dgn korang korang yg dah buat aku berperasaan bangang nih aku nak buat apa.aku nyorok bawah tudung saji pun kau nampk gak enn.tp mintak mintaklah JANGAN..TOLONGLAH..aku nak someone better than me.better than you and you and you!so aku kena jadi someone better than now gak lah kan.on the way lah ni.insyaAllah.aku cuba utk istiqamah dgn jalan ni.

so kpd engkau,engkau dan engkau..aku mintak tolong sangat sangat..tolonglah..get lost from my life!feeling feeling tu tolonglah jgn inject dah kat aku.kawan aku layan gak laa..yg sorang tu maap lah ye.tunggu kau matured siket,aku akan pertimbangkan.harap maklum.korang yg buat aku judge korang mcm ni.nasib la aku sempat menilai.tak sempat nak move mana mana lagi even dah hampir hampir kan.alhamdulillah pintu hati aku ni diketuk supaya sedar akan kesilapan aku ni..

dan aku harap perasaan baru aku ni aku dapat maintain samapi aku jumpa jodoh aku yg sebenar.kalau ada yg berani dtg main perasaan dgn aku,aku cucuk kau dengan duri cactus ni tahu.try me!betul betul nak aku,tanya ibu abah.dorang kasi aku on.kalau dorang tak bagi,selamat jalan romeo!tp bukan sekarang lah kan.nnt eh.tunggu lg dua tiga tahun ke kan.sekarang aku hanya perlukan cinta Allah.belajar.family.dan fikir kerjaya utk masa depan.kalau aku jumpa masa tengah buat perkara tu..tengoklah mcm mana..

lastly..tolonglah tegur aku ni kalau nampak aku ni dah tersasar ke tempang sebelah ke dah goyang ke..tolonglah tegur,marah,nasihat dan yg sewaktu dgnnya.jgn pukul dah lah.aku takut.aku da ckp ni.kang jd balik kat diri sendiri.buat malu je beriye bertekad camni.sbb tu aku mohon org luar menegur,marah aku kalau aku salah langkah.aku pelu backup nak buat semua ni.kadang kadang aku tak sedar aku mengulangi kesilapan yg sama.sbb tu perlunya org membaca post ni menegur aku seadanya.insyaAllah aku akan terima dgn hati yg terbuka.tolonglah..jangan biarkan aku lalui perkara bangang tu lagi sebelum masanya..
ya Allah aku mohon kau teguhkanlah hati ku utk perkara ini..aminnn..

yg menyesal tak sudah.yg tak mahu ulangi lagi.yg akan berduri selepas ini,
~cactusberduri~
monday,5 am

masa depan?


salam..heyya.lama rasanya tak menjenguk kau kan blog.tu la aku.hangat hangat taik ayam je lebih.tp nak wat cane.takde kesempatan.busy woman.mana nak basuh kain lagi,jemur,lipat.mana nak tanak nasi lg,nak jaga afif lg..ecehh kunun..
bila aku ckp psl benda ni kat ibu en,dia ckp "dulu ibu lg teruk gi menoreh getah lg tau baye baye kau ni..". aku wat muka toye je.ngeee~.tp dlm hati tetap faham.pengorbanan seorang ibu,siapa mampu nak balas..psttt..i love you,ibu..

berbalik kpd topik asal aku singgah ni.masa depan?ye..masa depan..apa yg aku nak utk future aku..apa yg aku kena buat utk dptkan..tak lain dan tak bukan..USAHA dan USAHA dan USAHA dan USAHA dan USAHA!aduyai aku nii..cemano nihh..hurmm apa aku idamkan selama ni..ye aku dah ada jawapan..sampai ada yg kata aku sgt obses dgn perkara ni..hehehe..nak wek cemano laiee..dah den mmg suko kek bondo nih haa..

yuppp..tak lain dan tak bukan..tak dpt dinafikan lg..aku nak jd kapten..aku nak masuk upnm tu..aku nak grad sbg seorg leftenan.mcm leftenan adnan tuh.hahh merapu kau.ngee~.taklah.serious ni beb..aku mmg sgt berminat dgn army ni.entah kenapa.memula takdela nak minat sgt.minat gitu yo..tp tu la lps dah ditanam minat oleh family n tgk cth cth mereka yg dah berjaya melalui upnm tu...mau tak minat aku dgn army nih.sakan punye wa ckp lu..haihh..tambah lak lps tgk akak kapten wangsa murnituh dah berjaya cam tu..fuhh..terebang cita cita aku nak jadi pensyarah masa aku sekolah rendah dulu..punye kuat pengaruh dia tu kan.

tau tak apa yg aku cam suka sgt tgk kat army nih..
first of all mesti lah uniform dia..aku pulak mmg jenis tak pandai bergaya.nnt senang nak gi keje.takyah fikir ari ni pakai baju sama ke apa ke.dan aku sangat lah sukakan dan mementingkan kekemasan dan penampilan diri.tak lawa takpe,asal kemas.nampak smart je kan.so first impression org pd kita tu kan penting.so that's y aku suka uniform nih.aku tak suka kalau aku nampak selekeh n tak kemas.mmg TAK SUKA!

secondly,aku suka elaun n gaji dia.fuhh..masyukk kut.tp setimpal lah kan.keje penat.latihan dia lg.seterusnya,aku suka benda lasak even permulaannya mungkin menakutkan.tak cuba taktau kan.selanjutnya,aku akan menjadi lebih berani drpd biasa.mungkin bakal tampil dgn lebih berkeyakinan.mana tau kan.kihkihkih. :P . berikutnya,aku suka aktiviti.aku tak suka duduk diam ngadap komputer.otak tak berkembang.kawad tgh panas terik?yes for sure akan dilalui dan aku akan mengadu kulitku gelap,hitam,kusam dan sebagainya.ditengking sah sah akan kena.didenda,ditampar,disepak,diterajang mungkin.tp itu yg mahalnya.jgn buat hal la.mmg kaw kaw kena nnt.boleh ke aku lalui?semangat kena kuat ni.insyaAllah.Allah kan ada.aku kena kuat.ye aku mesti kuat!!!

kemudiannya,yg paling penting sekali.peluang pekerjaan dah sah sah mmg ada.confirm grad terus dpt kerja.tak perlu menggagau mintak kerja sana sini.dan yg terakhir penting..jeng jeng jeng..AKU BAKAL KURUSSSSSSS!!!!hahahaha.poyo je aku.kut la ramai lak tak kenal aku ni nnt en.dah la hitam arang.slim lak tu.hahaha.bab bab berangan ni campak lah kat aku.laju je kann.hehehe~ :P

gaya aku ckp ni mcm confirm je dpt aww..poyo jerh..aku bkn apa.just nak luahkan apa yg aku rasa je.kalau tak dpt mmg sah aku akan frust ah kann.tp bila aku dah bersemangat ni ada je benda yg mematahkan semangat aku aw..flat foot lahh..latihan teruk lahh..betul ke sanggup nak masuk army ni ke lahh..kau tak takut ke lahh..tindakan kau ni betul ke lahh..ape lahh..blahh blahh blahhh..hasihh bikin serabut je..tp tu semua dugaan.aku tau,selagi aku belum dapat.aku mesti cuba.sekarang ni doa je mintak mintak dpt temuduga tu.ya Allah perkenankanlah hajat hambaMu ini..aminnn..

kalau tak dpt lak cane?ni yg aku tgh fikir ni.cane aku nk lalui ni.rezeki ni aku taktau.bukan aku yg rancang.bukan aku yg tentukan.kalau tk dpt tu aku kena redha utk melepaskan impian aku tu..mungkin ini bukan yg terbaik utk aku..Allah lebih mengetahui..tabahkan lah hati aku ni nak lalui semua ni..perjalanan hidup yg sebenar dah bermula.aku yg akan create diri aku ni jd mcm mana nnt..insyaAllah aku boleh.


aku nak berjaya dan aku mesti berjaya serta aku kena berjaya juga aku perlu berjaya demi Islam aku,ibu abah aku,keluarga aku juga bangsa aku..ye aku akan cuba penuhi tuntutan ni semua selagi kudrat aku termampu..penuh keazaman aku berniat dan semoga aku akan berjaya memburu kejayaan itu berbekalkan semangat juang yg tinggi serta tekad yg membara!namun sekiranya aku tidak berjaya,aku percaya segalanya kerana DIA YG ESA..
monday,3 am