Saturday, September 25, 2010

carilah dia..






Salam alaik.
Wahh..lama rasanya tak menulis di dinding maya ni.apa nak buat,terlalu banyak tuntutan yg perlu dipenuhi.habis ramadhan,menyusul pulak syawal.hehe~
itulah hakikat hidup kita sebagai manusia.tambah lagi kalau mcm saya ni student.lagi lahh kann..takpe,insyaAllah ada ganjarannya nanti.. (^__^)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada sesuatu yg ingin saya kongsikan di sini.tentang apa?tentang sahabat.tentang teman.tentang kawan.tentang rakan.dan tentang ukhuwah mahupun persahabatan.apa bezanya?




Seandainya ada yg bertanya,ini jawapan saya.ianya TIDAK SAMA!kenapa?kerana setiap dari perkataan itu punyai definisi yg berbeza.tak caya?nak bukak kamus?pegi lah bukak..tak kesa pungg..hehe~

Tapi seriously..bagi saya sahabat itu lain ertinya.teman itu berbeza maknanya.bahkan kawan itu sendiri jauh maksudnya dgn perkataan rakan dan yg seangkatan dgnnya.
Namun,semuanya bergantung kpd cara bagaimana seseorang itu berfikir.dan saya mengakui cara saya berfikir agak lain berbanding yg lain sama ada dr sudut yg positif mahupun negative.




Erti sahabat?

Bagi saya sahabat itu adalah seseorang yg rapat dgn kita,pandangan dia terhadap sesuatu perkara sama dgn pandangan kita.setiap perkara baik yg dia lakukan akan membuatkan kita terdetik utk melakukannya.

Malah dia tidak akan membiarkan kita keseorangan dlm mengharungi kesusahan kerana jatuh kasih dgn kita kerana Allah.bahkan utk melepaskan kita keseorangan berhadapan situasi yg berat juga dia tidak sanggup..



Maksud teman itu menda?

Teman pula sahabat yg paling rapat dgn kita dan kita boleh berkongsi apa sahaja yg terbuku dgn di hati dgn dia.dan bila dia berbicara kita terasa ada mutiara kata yg dapat kita ambil dari setiap apa yg diperkatakannya.

Kita juga dapat menerima setiap tegurannya dgn hati yg terbuka malah cuba utk berubah dan memenuhi setiap permintaannya selagi termampu dek kita.kerana apa kita terlalu menjaga teman kita???

Kerana utk menjumpainya sangat susah apatah lagi utk kita kehilangannya sebagai teman.ya,mungkin sedikit ganjil dan aneh bunyinya tapi sekiranya anda pernah laluinya baru anda dapat ketahui betapa indahnya,manisnya ikatan yg terjalin kerana Allah yg Esa..

Apa pula makna kawan?

Hah.ini yg saya ingin perjelaskan.kawan itu hanya sekadar kawan.Cuma peneman tika suka dan mungkin tiada pabila duka.mungkin juga ada yg iri hati dgn kita.bukan mahu bersangka buruk tapi itulah reality yg banyak berlaku sekarang.

Pengaruh kawan pula sangat dasyat effectnya.sbb tu kita selalu dipesan agar bijak mencari kawan.takut kawan makan kawan.bahaya wooo..dan disebabkan itu carilah kawan yg boleh menjadi sahabat dan lebih bagus lagi sekiranya bisa menjadi teman anda dlm perjuangan..

Rakan pulak cane?

Ini lagi satu.rakan adalah permulaan kita mengenali seseorang.bermakna sebelum menjadi kawan ia dipanggil rakan.rakan pun lebih kurang je dgn kawan tapi peringkat perkenalan tu lagi kejap lah..

So,apa conclusion nye?hehe~

The conclusion is,carilah seorang kenalan yg boleh dipanggil rakan dan sudi menjadi kawan yg akan menjadi sahabat seterusnya sebagai teman seperjuangan..

Tapi ingatlah,segala yg diimpikan takkan tercapai kalau bukan kerana niat yg tulus dan ikhlas kerana Allah yg Esa..kita takkan jumpa teman sejati yg dicari sekiranya tidak berpaksikan kpd Islam tercinta.

Kerana apa?kerana hanya dgn Islam sesuatu yg indah itu dapat kita rasai,nikmati dan kecapi..cubalah..ikhlaskan niat dan tersenyumlah penuh ceria dalam setiap sesi taaruf.insyaAllah,anda pasti akan jumpa teman sejati yg dicari..

Sekian dari saya,

Pejalan kaki yg masih berjalan..
barakallahufiQ!
(^___-)

No comments:

Post a Comment