Tuesday, September 28, 2010

dah namanya belajar..


Salam alaik.

Masih kepenatan pulang dari kuliah tadi.habis lambat hari ni.pukul 5..saje je update ni.nak melepaskan lelah kejap.mlm kang ada gegar gred pulak.aishhh..tak sudah-sudah.takpelah,berkorban siket.final lg 2 mggu je.cover lah mana yg patut.caiyok caiyok LALA!!!






Hari ni saya terlupa byk benda.kelam kabut sgt.tu lahh..bangun lambat sape suroh..hehe~ dah tido pun lambat nak wat gane..terpaksalah bersengkang mata lately ni.kalau tak..nak jawab menda exam nnt.

ni pun banyak lg tak tercover.especially maths "kegemaran" ramai kann.fuhhh..mmg fav abes..hehehe~ nasiblah ada sahabat yg sudi tolong.kalau tak..tak tau lah teman nak mengabo nye yongggg oiii..syukran jiddan ya ukhti sabitah!sayang kamu bangattttt! (^__^)


 

Btw,tujuan saya menconteng ini adalah utk cakap yg saya sebenarnya masih dlm mood mencari semangat dan diri utk struggle for this coming exam.

cuak kuttt…skrg ni hari-hari kena basuh dgn ck..huhuhu..kasihani daku..tp tu lahh..dia basuh sbb dia nak saya berjaya dlm exam tu..takpe ck..saya cuba penuhi..kamu doakan saya keyh..sayang kamu sangat jugakkkk..


 

Ohh yeee..sabtu ni saya diminta utk jadi fasi kem bestari solat sk kepala batas.sepatutnya ajk surau yg handle.tp memandangkan majority dorang hayat and kebetulan ada kuliah bio pd hari tersebut,makanya MT surau mencari AFC(annur friend's club) dan ajk surau aliran fizik&akaun utk join.

tak semena-mena pulak nama saya naik.terkejut gak sbbnya ramai lg yg lain.hurmm..takpe.pengalaman.insya-Allah,saya cuba lakukan tugas saya dgn baik.mintak2 lah semuanya berjalan lancar.insya-Allah..


 

So skrg adalah masa utk???

Bersihkan diri.hehehe~

Japgi banyak kerja nak kena siapkan.dgn akaunnya.ekonominya..maths nyeee..atoyaiiii..

takpe,jgn mengeluh lala!!!Allah sentiasa bersama dgn org-org yg sabar.ini semua perjalanan hidup.pengorbanan.medan pertempuran sebelum tiba ke perhimpunan terbesar di sana nanti.kutiplah semua mutiara yg ada ni.bersepah.kita je tak nampak.sama-samalah kita.

Dahh dahh tuuuu…

Eppp epppp…..ENOUGH ENOUGH!

Pi kejut ck tu bangunggggg..kang takde org amek makanan dia kat bawah..





 

Ok semua..sekian dari saya,

Si pejalan kaki yg dlm mood study maut..

Selamat study!

Salam imtihan!


 

barakallahufiQ!


 

Wassalam..


 

Saturday, September 25, 2010

ya ukhti..







salam alaik..

terpapar di screen hp..

" Seindah namamu,
~Cahaya Kemuliaan~
keranaMu kami bertemu..utuhkanlah hati kami ya Allah.. "


ramai yg bertanya.tak kurang juga yg memelikkan muka.
apa itu cahaya kemuliaan?kenapa diabadikan di screen hp?
hurmmm..kenapa ye?
kerana dia adalah kenalan,rakan,kawan,sahabat juga teman yg sgt istimewa..

SIAPA DIA????
dia adalah...

~~~~ CAHAYA KEMULIAAN ~~~~





****** TAUTAN HATI ******


bagaimana terjalin?

satu mlm di annur..sehari sebelum mlm pertama ramadhan..

***************************************************
dlm keadaan diri sedu sedan menahan kepayahan yg teramat kerana cuba utk berdiri sendiri setelah melakukan sedikit penghijrahan atas kemahuan sendiri,berdoa seorang hamba Allah ini di dlm hati..
ya Allah,sekiranya kau menginginkan aku berada tetap pada jalan-Mu..kurniakanlah aku seseorang sebagai pebimbing supaya aku akan terus tetap mencari redha-Mu di sepanjang perjalanan hidupku ya Tuhan..hadiahkanlah ya Allah..aku mohon..

****************************************************
datang dua orang mawar berduri menyapa yg pd mulanya menyangkakan sahabat mereka..

"kenapa ni dik?duk sorang-sorang je..ada masalah ke?" tanya akak pdt yg dikenali dan lembut wajahnya..


lalu hamba Allah tersebut hanya menggelengkan kepala cuba utk menyembunyikan kepayahan dan keseduan yg bersarang di jiwa..tak mahu gelora di hati dikesan sesiapa..

"eh takde papelah kak..biasa je.."


dan akak tersebut akur dgn permintaannya dan berlalu dari situ..

namun tidak pada seorang sahabatnya itu..
masih di situ memandang penuh pengharapan, mengesan jiwa yg sedang berkocak,
dan melontarkan pandangan meminta supaya dia berkongsi cerita..

dan di situlah bermula segala-galanya..
ukhuwah fillah abadan abada..

*****************************************************



dan di situlah bermula semuanya..annur sebagai saksi..terpatrinya satu ikatan,jalinan dan ukhuwah yg sgt bermakna antara mereka..sehingga menimbulkan kepelikkan tahap maximum dr org sekeliling mereka..namun,itulah susunan Allah..cantik Allah takdirkan pertemuan itu..semoga ianya akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat..

dan mereka itu adalah saya dan ck... (^__^)

semoga kita akan terus berdiri memperjuangkan Islam bersama-sama..kuat seperti Sumayyah..dan sekiranya kita terpisah di dunia..berdoalah supaya kita dipertemukan di taman syurga..insyaAllah..doa rabitah sebagai pematri hati..




specially dedicated to you.. :

duhai temanku,duhai sahabatku..
terima kasih atas segala pertolonganmu kepadaku..
mutiara kata..butir bicara..bait-bait nasihatmu kepadaku..
takkan ku lupa dirimu sehingga ke akhir hayatku..
bawalah aku bersama-sama mu dlm perjuangan ini..
percayalah,diri ini sangat menyayangimu..

yg benar,
hananimu..





(p/s:
buat dikau cahaya kemuliaan agama,
HAPPY BELATED BIRTHDAY!!!
tak terlambat lagi kan?hehe~
segalanya buatmu teman~~~
syukran jiddan ya ukhti..


Uhibbuki fILLAH Abadan abadaa ya habibati,
NURUL IZZAH BINTI MOHD FADZILAH
!
Arju,littaqo bik fil jannah!

insyaAllah.
(^____^)

sekian dari saya,
si pejalan kaki yg tetap berdiri di samping CK nya..


barakallahufiQ!

wassalam..

carilah dia..






Salam alaik.
Wahh..lama rasanya tak menulis di dinding maya ni.apa nak buat,terlalu banyak tuntutan yg perlu dipenuhi.habis ramadhan,menyusul pulak syawal.hehe~
itulah hakikat hidup kita sebagai manusia.tambah lagi kalau mcm saya ni student.lagi lahh kann..takpe,insyaAllah ada ganjarannya nanti.. (^__^)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada sesuatu yg ingin saya kongsikan di sini.tentang apa?tentang sahabat.tentang teman.tentang kawan.tentang rakan.dan tentang ukhuwah mahupun persahabatan.apa bezanya?




Seandainya ada yg bertanya,ini jawapan saya.ianya TIDAK SAMA!kenapa?kerana setiap dari perkataan itu punyai definisi yg berbeza.tak caya?nak bukak kamus?pegi lah bukak..tak kesa pungg..hehe~

Tapi seriously..bagi saya sahabat itu lain ertinya.teman itu berbeza maknanya.bahkan kawan itu sendiri jauh maksudnya dgn perkataan rakan dan yg seangkatan dgnnya.
Namun,semuanya bergantung kpd cara bagaimana seseorang itu berfikir.dan saya mengakui cara saya berfikir agak lain berbanding yg lain sama ada dr sudut yg positif mahupun negative.




Erti sahabat?

Bagi saya sahabat itu adalah seseorang yg rapat dgn kita,pandangan dia terhadap sesuatu perkara sama dgn pandangan kita.setiap perkara baik yg dia lakukan akan membuatkan kita terdetik utk melakukannya.

Malah dia tidak akan membiarkan kita keseorangan dlm mengharungi kesusahan kerana jatuh kasih dgn kita kerana Allah.bahkan utk melepaskan kita keseorangan berhadapan situasi yg berat juga dia tidak sanggup..



Maksud teman itu menda?

Teman pula sahabat yg paling rapat dgn kita dan kita boleh berkongsi apa sahaja yg terbuku dgn di hati dgn dia.dan bila dia berbicara kita terasa ada mutiara kata yg dapat kita ambil dari setiap apa yg diperkatakannya.

Kita juga dapat menerima setiap tegurannya dgn hati yg terbuka malah cuba utk berubah dan memenuhi setiap permintaannya selagi termampu dek kita.kerana apa kita terlalu menjaga teman kita???

Kerana utk menjumpainya sangat susah apatah lagi utk kita kehilangannya sebagai teman.ya,mungkin sedikit ganjil dan aneh bunyinya tapi sekiranya anda pernah laluinya baru anda dapat ketahui betapa indahnya,manisnya ikatan yg terjalin kerana Allah yg Esa..

Apa pula makna kawan?

Hah.ini yg saya ingin perjelaskan.kawan itu hanya sekadar kawan.Cuma peneman tika suka dan mungkin tiada pabila duka.mungkin juga ada yg iri hati dgn kita.bukan mahu bersangka buruk tapi itulah reality yg banyak berlaku sekarang.

Pengaruh kawan pula sangat dasyat effectnya.sbb tu kita selalu dipesan agar bijak mencari kawan.takut kawan makan kawan.bahaya wooo..dan disebabkan itu carilah kawan yg boleh menjadi sahabat dan lebih bagus lagi sekiranya bisa menjadi teman anda dlm perjuangan..

Rakan pulak cane?

Ini lagi satu.rakan adalah permulaan kita mengenali seseorang.bermakna sebelum menjadi kawan ia dipanggil rakan.rakan pun lebih kurang je dgn kawan tapi peringkat perkenalan tu lagi kejap lah..

So,apa conclusion nye?hehe~

The conclusion is,carilah seorang kenalan yg boleh dipanggil rakan dan sudi menjadi kawan yg akan menjadi sahabat seterusnya sebagai teman seperjuangan..

Tapi ingatlah,segala yg diimpikan takkan tercapai kalau bukan kerana niat yg tulus dan ikhlas kerana Allah yg Esa..kita takkan jumpa teman sejati yg dicari sekiranya tidak berpaksikan kpd Islam tercinta.

Kerana apa?kerana hanya dgn Islam sesuatu yg indah itu dapat kita rasai,nikmati dan kecapi..cubalah..ikhlaskan niat dan tersenyumlah penuh ceria dalam setiap sesi taaruf.insyaAllah,anda pasti akan jumpa teman sejati yg dicari..

Sekian dari saya,

Pejalan kaki yg masih berjalan..
barakallahufiQ!
(^___-)

Thursday, July 29, 2010

* menanti kehadiran bulan mulia


jom lah kita sama sama countdown! ^__^


ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku lalui dengan sempurna..
selangkah..demi selangkah..




Wednesday, July 28, 2010

wahai kakakku..


saya suka video ini.dipasang semasa orientasi.
saya ingat hingga kini.sangat memberi inspirasi.

wahai kakakku..terima kasih ats jawapanmu..

jom tonton!
^__^


Tuesday, July 27, 2010

"ayunya mereka.."





Acapkali.dan pasti.saya akan mengalihkan mata saya untuk melihat mereka.hati saya bagai ditarik tarik untuk menghantar maklumat ke kepala saya supaya menyuruh mata saya meneliti mereka.

Yeapp.saya pasti akan mengusya mereka.cantik sekali.kelihatan manis.sopan tingkah laku.ayu dipandang mata.nampak sempurna.cukup segala rasa.sejuk mata memandang.

tak rasa mahu mengalihkan pandangan malah mahu meneliti perbuatan mereka.tutur bicara mereka.kata kata mereka.attitude mereka.wajah mereka.bahkan cara mereka berjalan sekalipun.

hebat kan penangan mereka pada saya?pelik.tapi benar.itu yg berlaku.tidak tahu mengapa.sekalipun lelaki lelaki di sini tidak berjaya menarik perhatian saya seperti mereka menarik perhatian saya.

Walaupun ianya kelihatan seperti sangat psycho,tp saya bukan stalker mereka.hanya cuba untuk melihat dgn mata hati.mata hati?ye.mata hati yg selama ini saya jarang gunakan.

Sangat sangat menjaga.kagum saya dgn pegangan mereka.mantap.utuh.amat kuat.kejap sekali pautan mereka.rela apa sahaja demi agama.tapi saya..

Hati saya selalu berbisik
“kau tengok dorang tu.tengok diri kau.bezakan.”
ya Allah..hinanya hambaMu ini..t


Dan kerana itu lah saya memulakan langkah pertama ini.dgn harapan saya akan diterima dgn baik apabila balik kolej nanti.harapnya takde yg akan pertikaikan perubahan saya.

Saya sedar sekarang tanggungjawab saya semakin besar.saya tak boleh lagi berkelakuan mcm biasa.saya kena tau batas batas saya.kena jaga tingkah laku saya.saya tau org akan judge saya.

Sbb itu saya kuatkan hati.tetapkan pendirian utk memilih jalan ni.saya percaya ini yg terbaik utk diri saya.Allah dah permudahkan jalan.buatlah.Lillahitaala.



mudah mudahan niat saya untuk pengislahan diri dgn mujahadah dan menggunakan addin akan berterusan dan bertambah baik dari semasa ke semasa hingga ke akhirnya.


ohh yaa..terima kasih buat mawar-mawar berduri di sana yg memberi inspirasi pada saya.melalui kalian Allah mengetuk pintu hati saya.saya sangat sangat berterima kasih kpd kalian!semoga kalian sudi menerima kehadiran saya yg baru ini.bimbinglah saya.pandu arah lah saya yg khilaf ini.tunjukkan saya ye..syukran.

*p/s:tak lupa terima kasih teramat buat non nfar di seberang yaa..thanks a lot sudi melayan karenah saya yang keanak anakan ini.huhu -__-


doakan saya supaya istiqamah atas jalanNya.maaf jika post ini tidak menepati selera anda.saya hanya meluahkan ekpsresi saya.terima kasih kerana sudi membaca.

BarakallahufiQ!

Monday, July 26, 2010

nak jadi baik..


Apa itu baik?siapa boleh bagi definisi yang betul tentang perkataan “BAIK”?mesti ramai yg akan cakap baik tu baik lah.tak jahat.emm,suka tolong orang.suka seyum.tak mencuri ke merompak ke.

Iye yee..betul lah tu.tp tu dari persepektif masyarakat sekeliling kita je.dari sudut Islam pulak,BAIK itu sendiri dah jadi lain.ianya membawa kepada suatu perkara yg wajib ada pada setiap individu muslim.

Kenapa?ok.jom saya kongsi apa makna baik tu yg sebenar benarnya.actully,baik tu bergantung mcm mana kita define “BAIK” tu pada diri kita.

Saya pun tak pandai sangat la nak cakap pasal baik ni.tp saya boleh la share benda yg saya ada baca dalam novel tulisan hlovate ni dulu.watak dlm tu ada tanya pasal mcm mana nak jadi baik.

Dan rasanya kita semua pun akan tanya soalan tu pd diri sendiri at some point dlm hidup.ok ok.saya melalut dahh.k,definition baik yg dia yg cakap tu mudah je.sesiapa yg beriman dgn Allah itu adalah “BAIK”.maksudnya?

Maksudnya,apabila kita buat semua benda yg Allah suruh dan tinggalkan semua benda yg Allah larang,tu baru namanya “BAIK”.ataupun amar makruf nahi mungkar.

Kiranya kat situ penulis emphasize yg untuk jadi baik ni mmg kena secara holistic la gituu.selagi ada benda yg tak settle betul betul,maknanya selagi tu la definisi “BAIK” tu tak tercapai lagi.

Contohnya,dlm surah al baqarah-208, ”masuklah ke dalam Islam seluruhnya”.kalau utk wanita,isu aurat adalah paling mudah sbg contoh.

Selalu je orang akan argue pasal pakai tudung ni.ada org kata biar la tak pakai tudung pun asalkan solat cukup 5 waktu.pasal ada je org yg pakai tudung tp buat benda bukan bukan.kat sini je org kita dah salah faham.sbbnya ramai yg anggap Islam tu cukup pada solat.

Betul la solat tu tiang agama.tp Islam tu bukan tertegak dgn solat je.Islam tu pasal segala benda kat dunia ni.addin.cara hidup.maka..
Kalau cukup solat tp tak pakai tudung,tak cukup baik lagi..

Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi.saya bukan nak menjatuhkan hukum atau apa.Cuma berkongsi apa yg saya baca sahaja.jgn salah faham yeeeee..

So,the conclusion is..it’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu.it’s about masuk ke dlm Islam secara total.then THAT IS BAIK.dan itu yg cuba saya praktikkan sekarang.saya nak jadi BAIK yg tu.

Saya tulis kat sini bukan dgn tujuan untuk mengatakan yg diri saya ni adalah pandai,baik,bagus ataupun yg sewaktu dgnnya.saya cuma ingin berkongsi apa yg saya rasa sekarang ni .bukan nak sindir sape sape.

Saya cuba relate kan apa yg saya dah baca dan lalui.saya sedar pengetahuan agama saya tak tinggi mana.saya tahu.saya bukan cuba memandai.harap jgn disalah ertikan maksud saya dlm post ini.

Point saya di sini adalah saya sedang berjalan menerokai sesuatu yg sepatutnya saya terokai dan hayati dari dulu.alhamdulillah,langkah pertama saya sudah bermula.insyaAllah langkah seterusnya bakal menyusul.saya berharap semoga saya istiqamah dgn pilihan ini.doakan saya.


barakallahufiQ.