Tuesday, July 27, 2010
"ayunya mereka.."
Acapkali.dan pasti.saya akan mengalihkan mata saya untuk melihat mereka.hati saya bagai ditarik tarik untuk menghantar maklumat ke kepala saya supaya menyuruh mata saya meneliti mereka.
Yeapp.saya pasti akan mengusya mereka.cantik sekali.kelihatan manis.sopan tingkah laku.ayu dipandang mata.nampak sempurna.cukup segala rasa.sejuk mata memandang.
tak rasa mahu mengalihkan pandangan malah mahu meneliti perbuatan mereka.tutur bicara mereka.kata kata mereka.attitude mereka.wajah mereka.bahkan cara mereka berjalan sekalipun.
hebat kan penangan mereka pada saya?pelik.tapi benar.itu yg berlaku.tidak tahu mengapa.sekalipun lelaki lelaki di sini tidak berjaya menarik perhatian saya seperti mereka menarik perhatian saya.
Walaupun ianya kelihatan seperti sangat psycho,tp saya bukan stalker mereka.hanya cuba untuk melihat dgn mata hati.mata hati?ye.mata hati yg selama ini saya jarang gunakan.
Sangat sangat menjaga.kagum saya dgn pegangan mereka.mantap.utuh.amat kuat.kejap sekali pautan mereka.rela apa sahaja demi agama.tapi saya..
Hati saya selalu berbisik
“kau tengok dorang tu.tengok diri kau.bezakan.”
ya Allah..hinanya hambaMu ini..t
Dan kerana itu lah saya memulakan langkah pertama ini.dgn harapan saya akan diterima dgn baik apabila balik kolej nanti.harapnya takde yg akan pertikaikan perubahan saya.
Saya sedar sekarang tanggungjawab saya semakin besar.saya tak boleh lagi berkelakuan mcm biasa.saya kena tau batas batas saya.kena jaga tingkah laku saya.saya tau org akan judge saya.
Sbb itu saya kuatkan hati.tetapkan pendirian utk memilih jalan ni.saya percaya ini yg terbaik utk diri saya.Allah dah permudahkan jalan.buatlah.Lillahitaala.
mudah mudahan niat saya untuk pengislahan diri dgn mujahadah dan menggunakan addin akan berterusan dan bertambah baik dari semasa ke semasa hingga ke akhirnya.
ohh yaa..terima kasih buat mawar-mawar berduri di sana yg memberi inspirasi pada saya.melalui kalian Allah mengetuk pintu hati saya.saya sangat sangat berterima kasih kpd kalian!semoga kalian sudi menerima kehadiran saya yg baru ini.bimbinglah saya.pandu arah lah saya yg khilaf ini.tunjukkan saya ye..syukran.
*p/s:tak lupa terima kasih teramat buat non nfar di seberang yaa..thanks a lot sudi melayan karenah saya yang keanak anakan ini.huhu -__-
doakan saya supaya istiqamah atas jalanNya.maaf jika post ini tidak menepati selera anda.saya hanya meluahkan ekpsresi saya.terima kasih kerana sudi membaca.
BarakallahufiQ!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment