Sunday, March 14, 2010

~ reaksi mereka ~

heyya..
sory lama tak jenguk..along baru bayar bil semalam..huhu
seperti yg semua org tau khamis hari tu semua budak spm 2009 dapat result dan tidak terkecuali aku yg sengal mengal nih.nasib baik comel siket kan.takdelah nampak cam sengal sangat.hahaha. *perasan lebih~ :D

dibawah ini adalah diantara reaksi mereka mereka yg mengetahui keputusan spm aku yg sangat lah ntahapaapantah tuh. :

org pertama yg aku call,ibu.

ibu: (belum sempat aku mukadimah.terus serang aku tanya) cane?dapat berapa?
aku: (nanges nanges ni) dapat 6 je buu.. (dan menangis lagiii..)
ibu: oklah tuuu..tahniah laaa..
aku: hmmm...k lah buu..majlis tak habis lagi ni..
ibu: ok..


seterusnya abah call mgunakan no ofisnye.elehh,takut org tak angkat lah tu.hehe.
abah :cane?
aku: (nanges dan sedu sedan)6 je bahh..
abah: hmmmhhhh..baru ingat nak bagi laptop..hahaha(ada ke abah boleh buat lawak
antara benua time tu..terus aku berenti nak nages..nak tergelak jugak..)
aku: ishhhh..abah ni...(dengan rasa sedihnya..laptop tuhh..abah ni laa..)
abah: ok lah tuu..tahniah laa..
aku: hmm..ok.
..

seterusnya along call.
along:cane?
aku:6 je..
along:lagi apa?
aku:3b 1c..
along:apa yg c?
aku:(ni yg malas nak jawab ni..)add math..
along:ok lah tuuu..tahniah laa..
aku:hmm..k...(sedih wooo..)


selanjutnya angah pulak call.
angah:dah dapat tau ke?(angah je yg lain mukadimah dia)
aku:dahh..6 je..
angah:lagi?
aku:(ni lagi sorang..)3b 1c..(sebelum dia tanya terus aku cakap..) add math c..
angah:takpelah,oklah tuu..tahniah eh..nnt balik buat sujud syukur..apply mana-mana yg patut..
aku:okehh..thanks..


kat rumah,abang pulak pd mlm tersebut.
aku:abang!
abang:apa?
aku:nak hadiah!bak sini.ari tu da cakap en.
abang:awak dpt berapa?
aku:6a..
abang:lagi?
aku:(ni pun lagi sorang..)3b 1c..
tau abang kata lepas tu??
abang:(muka selamba..)kau tiru ke apa?
dlm hati aku..ek enaaa abang aku sorang ni...kuang asam jawanya dia..muka suci camni kata aku tiru pulakk..
aku:eh cantik sket eh..org belajar laa..
abang:1a singget ke?
aku:ah takde..1a 10 higget..
abang:tengoklah..abang tak gaji lagi..
aku:ishhh..tipu je pandai..taik idung kelawar masin betull ohhh..
dan sehingga ke saat ni aku masih tidak menerima sebarang bentuk duit dari abang..KEDEKUT..tau la nak simpan buat kawen..kedekuttt!huh
!

yg si baby pulak aku taktau apa reaksi dia sbb dia tau dr kwn dia masa aku kat bawah..



maka dgn itu.kesimpulnnya disini aku boleh jamin semua orang hanya akan berani kata
"OK LAHH TUUU..." kpd result aku.takkan berani ckp lebihnya wa cakap luu..takkan berani bak cakap "WOW!FUOYOOO!TERORNYA!" kat aku..sbb tu lah aku tak ada jiwa sgt dgn keputusan aku..

papepun terima kasih kpd semua atas segalanya espc. ibu abah,adik beradik semua,kak y,mee,dede,triple a dan gam..
barakallahufik..thank u ALLLAH..

Sunday, March 7, 2010

shopping ping pingg..

heyyaa..
bersua kita kembali dlm rancangan jalan jalan cari barang.
haha.barang lutut kau nyah..gi umah angah je la sengal.

~MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH~

apa ada kat tempat ni?best ke?seronok ke?bersejarah sgt ke?
jawapannn akuuu..BESTTTTTTTT GILERRRRR...
sbb?sbb kat melaka byk mall..gile punye rambang mata aku.
nasib baik lah aku ni tak keje lagi.kalau tak aku beli semua yg aku nak.
kebetulan lak masa aku gi tu ada J CARD *ni kalau kat sini mcm fenomena org kua gi alpha angle n aeon tu.habis murah la katakannn sampai keta pun parking ikut suka mak bapak dia je*
nak dijadikan cerita aku mmg tgh mencari kasut utk dipakai ke driving class.sbbnye aku takde kasut jln.before ni gi class pun pakai kasut sekolah last year.sekolah lagi..aduyaiii..nasib baik la warna hitam.kalau tak mau aku kena gelak.

so pd pg tu aku,ibu,abah,angah,abg ngah n muash pun gi la redah jj melaka ditauliahkan sebagai JAYA JUSCO TERBESAR DI ASIA TENGGARA.tp siyes mmg sgt besar.kitorg pun jln separuh je sbb tak larat.masuk masuk je perhhhh wa cakap lu..bergantungan berdendangan dia punya diskaun tu.fuhh berabuk gilaa diskaun sampai 80%!gilaaa kentangggg..tp tu la bajet kalau aku ni anak tauke pennzoil ke anak tauke kedai ali maju ke takpe gak aku nak acia redah je amek semua then suro abah bayar.gila kau.putus fius apaaa..dan ats kesedaran itu lah aku hanya membeli sepasang kasut hawkeye.sehelai seluat dan baju.tgh sale dapat arr.ok lah tu drpd takde langsung kannn..

abah pulak baik hati bagi pegi bagi aku rm100 suro beli kasut sembonia yg aku nak tu.mmg lawaa gilehhh waa cakap luuu..warna putih.tp mahalnye~.aku da berkenan da.usha belakang tgk rege dia rm99.90.GILAAA KAUUU!terus aku letak balik budak2 promoter tu da dtg kat aku nak tanye size.watttt ilekkk sudaaa..tunjuk kat ibu,ibu kata "ibu dulu tak berani nak letak seratus kat tapak kaki.."...ouchhh buu..it's pain..huhu. :P
so tak jadi amek sembonia aku beli lah seluar.cukup rm100.baju ibu belanjaa.baik kan aku sakan ketuk ibu abah punye money.ha ha ha ha.bilaa lagiii kan..gajii duk umah.ekeke~ :D

teringat lak aku masa tgh berhenti rehat smlm kat R&R seremban.aku terjumpa 4 org mat motor.mat rempit lah kut aka samseng jalanan pakai rainbow colour kat atas kepala dorg.aku rasa cam sumpah mencapub gilaa kutt..ada ke,dah la dorang naik dua moto,then sorang pakai helmet warna oren limau masam.sorang warna kuning gulai basi.sorang warna hijau berlumpur.sorang lagi tau warna apa?pink mcm barbie doll takde rambut.sumpah aku rasa cammm...APAAAKAHHHHHHHH INIIIII????kalau ensem ke naik moto besa ke takpe gak.ini dah laa muka ala ala penyamun pasir.moto pun honda kapcai je.ada hati nak meraih publisiti murahan kat R&R tuu.ngok ngek betul.aku sakit hati takdela apa pun.just tak suka the way yg dorang pilih utk memfofularkan diri dorang tu.haissshhh..kalau aku jumpa lagi dgn berani aku akan cakap "bang,td masa lalu highway ada lori cat tumpah kat korang ke?helmet mcm bola bowling jee.."
ahahahha~ :P

so dah dapat kasut dah dapat baju dah dapat seluar,kau nak bagi ibu abah apa pulak khamis ni laa???huaaaa....kalau lah aku kantoi tak beraninya nak menghadap ibu abh dan dunia luarrr..aku tau sakitnya bila gagal..aku tau sakitnya bila result tak gempak..aku tau kecewanya bila ibu abah wat ilek je tgk result aku..dan aku tau betapa kecewanya malunya bila org luar tgk result tak gempakkk..ohhh mannn..
i'm scared to fail again n again n again..hopefully everything will be okay..
insyaAllah..aku yakin Allah sentiasa bersama aku..


*the conclusion is,AKU MEMANG SUKA SHOPPING PINGG PINGG..
NGEEEEEEE~ :DD

Friday, March 5, 2010

Kenapa C A C T U C A S ???




heyyaaa..
bersua kembali dgn aku blog..
fuhh penat gilaa aku perah otak nak edit ini blog..mcm apa je.24 jam pun tak cukup ni.
papepon setakat ni,ni je la yg mampu aku hias utk kau blog.nnt coming soon aku updated keyh. :)
ohh yee.balik kpd tujuan asal kenapa aku namakan blog ni 'THE CACTUCAS'~
sbb yg pertama:


1.setiap abjad dr perkataan CACTUCAS ni ada maksud tersendiri yg aku dah pun list down dan biar aku sorang je la yg tau apakah perkataan perkataannya.ngeee~
so setiap perkataan yg aku cipta melalui CACTUCAS ni melambangkan apa yg aku nak jadi
dalam perubahan diri aku pada masa akan datang..bermakana aku ni THE CACTUCAS WANNA BE lahh..hehe.insyaAllah,aku yakin dgn diriku dan aku yakin Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yg mahu berhijrah kpd benda yg bebaik ni.moga tercapai impian aku~
aminnnn..
2.aku mula mula nak letak nama kau kan blog,apa tau?ngeee~
MAGNINTEL CACTUS..haha.kelakar kan?sbb apa taw,aku gabungkan perkataan magnificent n intelligent.cewahhh..dah kata wanna be kann..tp mcm tak sedap pulak so tak jdi lah.takpe nanti aku akan guna gak perkataan magnintel tu di lain lain masa keyh.kau jgn risau lahh blog..insyaAllah jodoh kita panjang. :D
3.kenapa cactus?sbb aku nak melambangkan diri aku mcm cactus.kalau org lain letak mawar berduri lah anggerik beracun lah melati meletop lah.
tp aku cactus berduri lag lebih kurang..kenapa bukan mawar?sbb mawar tu tak sesuai dgn aku.aku takdela ayu sgt cam bunga tu.so aku pilih la cactus.tetap ada duri dan lebih berkualiti drpd mawar.aku nak serapkan semua kualiti yg ada pd cactus tu dlm diri aku ni.mudah mudahan dipermudahkann..so kepada lelaki,insyaAllah aku takkan mudah lut lagi la dgn korang.aku da ada perisai berduri tau sekarang.jgn memain..
4.cane leh jadi cactucas?entah.main reka reka tetibe tercetus nya idea keluar melompat lompat dr kepala otak mlm td jadi lah cactucas.mcm sedap pulakk enn sbb banyak C.heee~.aku dah search dlm google cactucas tu ada kaitan dgn pape takdelahh mana tau nama benda benda tak elok ke kan.tp nasib baik ada nama tempat kat mana ntah.kat oversea la.lantok le.asal bukan kat malaysia.haha.maka wujudlah dlm kepala otak aku ni THE CACTUCAS dgn officialnya.so it's here! :)

dan kenapa pulak aku letak life's beginning n quote yg bawah tu?
nnt next post aku cerita la kalau aku ingat la kan.hehe.
papepon,credits to my sis cik baby tua kerana aku telah mencilok brg beliau sbg model cactucas aku.haha.kejam je kan.sory by.aku tgk cute sgt.aku PINJAM je.dah letak balik pun.TQ ehh **even skrg ni pun dia still tak tau lg sbb dia tak tau aku da buat blog ni n paling sengal aku tak bagi tau punn..haha.cincai je lah.halal kan.kata adik beradik.hehe.aku syg kau lah by.

ok lahh.aku nak siap siap ni.nak mandi solat siap siap.japgi nak gerak melaka.
nak tgk rumah baru angah dan budak kecik yg gedik tuh.esok gi jejalan kutt.
huhu.tak dpt gi rebutia..sob sob sob..
takpelah,ckp ibu kena dgr kan..
ok take care.semoga kami selamat pergi dan bali.
wassalam..